UMNO Bukit Gantang buat ketetapan letak calon jika PRK - Utusan Malaysia

UMNO Bukit Gantang buat ketetapan letak calon jika PRK

MOHAMMAD Sollehin Mohd. Tajie (dua dari kanan) menerima Anugerah Selempang Panglima Bukit Gantang pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: UMNO Bukit Gantang membuat ketetapan untuk bertanding jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen itu.

Malah UMNO bahagian sudah mempunyai calon iaitu Naib Ketua Bahagian yang juga bekas exco kerajaan negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud untuk bertanding.

Ketua UMNO Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohd Tajie berkata, UMNO bahagian itu sudah bersedia sepenuhnya jika berlaku PRK Parlimen di sini.

“Kami mempunyai ketetapan calon sendiri. Sekiranya berlaku PRK Parlimen Bukit Gantang, UMNO yang akan bertanding dan meletakkan calonnya.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu akur dengan kehendak UMNO bahagian tentang perkara ini. Kita tidak akan berkrompomi dengan sesiapa pun dalam soal ini, Presiden perlu akur dengan kehendak kami,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.

Menurut Mohammad Sollehin, UMNO bahagian membuat keputusaan itu kerana kerusi Parlimen Bukit Gantang merupakan kerusi tradisi yang ditandingi parti itu pada setiap pilihan raya.

“Kerusi ini kerusi UMNO, sudah semestinya UMNO bahagian ini mahu bertanding jika berlaku PRK.

“Kami mahukan calon tempatan. Kami menamakan Naib Ketua Bahagian, Ahmad Saidi Mohamad Daud sebagaia calon UMNO jika berlaku PRK,” katanya.

Ditanya sama ada UMNO sedia menerima penyandang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kembali kepada UMNO, Mohammad Sollehin berkata, UMNO boleh menerimanya tetapi sebagai ahli biasa.

“Jika beliau mahu kembali kepada UMNO Bukit Gantang boleh tetapi hanya sebagai ahli biasa. Beliau kena ikut dan akur atas segala arahan yang diberi UMNO Bahagian ini.

“Kami sebenarnya amat berat untuk menerima semula orang yang pernah mengkhianati parti namun jika terpaksa akur kepada pucuk pimpinan, maka kami hanya boleh terima dia sebagai ahli biasa sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya