TVET selari dengan teknologi semasa - Utusan Malaysia

TVET selari dengan teknologi semasa

KAMARUL Azman Khamis (tiga dari kanan) merasmikan mesyuarat MPIBG Kolej Vokasional Kangar hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Selaras dengan perkembangan semasa, pelajar jurusan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja pada masa depan.

Justeru, Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman berharap lebih ramai lagi pelajar memasuki Kolej Vokasional selari dengan teknologi terkini dan disebalik Malaysia sedang menuju negara maju dan berdaya saing

“Jurusan berkenaan juga bersesuaian dalam melahirkan generasi muda ke arah penguasaan kecerdasan buatan (AI) sekali gus seiring dengan pendekatan kerajaan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Kangar di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) kolej berkenaan, Shabri Omar dan Pengarah Kolej Vokasional Kangar, Mohd Yatim Abu Bakar.

Tambah Kamarul, pendekatan mesyuarat kali ini lebih mendekatkan lagi pendidikan ke arah TVET yang mana mengkhususkan ibu bapa untuk lebih mendidik anak-anak ke arah mahasiswa intelektual dan berdaya saing.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya