KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang melakukan kajian mengenai perolehan kapal terpakai sebagai alternatif ekoran kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, salah satu daripada kapal terpakai yang diteliti adalah membabitkan kapal kelas frigat HMAS Anzac milik Tentera Laut Diraja New Zealand. Bagaimanapun, menurut beliau, kapal tersebut dirumuskan sebagai tidak sesuai oleh TLDM dan bukan kepentingan kerajaan serta rakyat atas beberapa faktor. “TLDM rumuskan HMAS Anzac tak sesuai berdasarkan kepada perkara seperti isu berkaitan peralatan serta kos perolehan yang tak menguntungkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya