JOHOR BAHRU: Tiga remaja lelaki masing-masing berusia 14 tahun bukan sahaja diculik, tetapi turut dipukul dan dirakam berbogel dalam satu kejadian di daerah ini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, perkara tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 8 malam. Menurut beliau, ketiga-tiga remaja lelaki berkenaan diculik kira-kira 10 lelaki dengan menaiki tiga kenderaan sebelum dibawa ke sebuah lokasi tidak diketahui. “Salah seorang daripada suspek dikenali ketiga-tiga mangsa. Suspek kemudian bertindak memukul mangsa dan merakam gambar bogel mereka serta mengugut akan menularkan gambar berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya