KUALA TERENGGANU: Sebanyak tiga premis makanan di Terengganu diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesalahan itu dikesan melalui operasi khas Ops Cakna yang dijalankan selama dua hari bermula semalam. Menurutnya, tindakan menutup premis makanan tersebut yang terletak di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak memuaskan. “Melalui ops itu juga, sebanyak 13 premis makanan telah dibuat pemeriksaan dan siasatan mengikut Akta Makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya