PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja-kerja selenggara jalan bermula 12 sehingga 19 Jun ini sempena cuti Hari Raya AidilAdha. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, itu antara langkah jangka pendek bagi mengatasi kesesakan jalan raya terutama pada musim perayaan. Menurutnya, kerajaan prihatin dengan kesesakan dihadapi pengguna lebih raya terutama ketika hujung minggu, musim perayaan dan cuti umum yang panjang. “KKR mempunyai perancangan jangka panjang, pendek dan sederhana bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya setiap kali tiba musim perayaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya