PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2024. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan, melalui keputusan itu, pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar. Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh tersebut yang akan dibiayai kerajaan adalah sebanyak RM2.192 bilion. Selain itu, menurutnya, pengguna-pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj bagi tempoh sama. “Kerajaan berharap agar penurunan kadar surcaj ICPT kepada kategori ini dapat terus mengekalkan kestabilan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya