PETALING JAYA: Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan mati dibunuh di Damansara Damai di sini, tahun lalu direman seminggu sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan polis.
Perkara itu disahkan peguam yang mewakili kedua-dua pasangan suami isteri itu, Mahmud Abdul Jumaat.
Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini, untuk direman dengan menaiki kenderaan polis pada pukul 8.50 pagi pagi ini
Beberapa ahli keluarga kedua-dua suspek serta pengamal media menunggu di luar pintu kamar mahkamah. – UTUSAN