ALOR SETAR: Meskipun menghargai pemberian insentif pembajakan dan penuaian sebanyak RM210, petani menyifatkan jumlah itu belum mencukupi untuk menampung peningkatan kos mengusahakan tanaman padi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Petani di kawasan MADA, Che Ani Mat Zain berkata, bantuan itu tidak dapat membiayai 100 peratus kos tambahan yang diperlukan pesawah setiap musim. Katanya, dengan jangkaan sekurang-kurangnya 20 peratus kenaikan kos mengusahakan tanaman padi disebabkan peningkatan harga diesel, bantuan itu sudah pasti digunakan sepenuhnya untuk menampung kenaikan terbabit. “Berdasarkan harga diesel lama, anggaran kasar kos menyewa mesin padi dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya