Tahniah Ruhainies runtuhkan masjid, buat anak saya hilang bapa - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Tahniah Ruhainies runtuhkan masjid, buat anak saya hilang bapa – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah secara sinis mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat baiknya, Ruhainies kerana merosakkan rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

Dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik Bella di Instagram selepas perceraian, penyanyi Bermanja Manja itu juga mengatakan Ruhainies menjadi punca kedua orang anaknya kehilangan bapa mereka.

“Buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tulisnya.

Bella yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini mengatakan dia tidak mampu mengubah seseorang walaupun telah banyak memberikan peluang.

“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.

“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.

Selepas kemelut rumahtangga heboh diperkatakan beberapa bulan ini, artis asal Sabah itu reda dengan ketentuan Tuhan selain enggan membuka hati mencintai orang lain.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” katanya.

Untuk info, Aliff dan Bella, sah bercerai talak satu kali kedua, pada pukul 1 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difail Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya