Sweet Qismina belum hamil lah - Utusan Malaysia

Sweet Qismina belum hamil lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Entah macam mana, muncul pula desasdesus kononnya pelakon kecil molek, Sweet Qismina, kini sedang berbadan dua tetapi hal itu disorok-sorokkan.

Eh! Pandai-pandai saja orang yang buat cerita. Ya, betul, memang sudah setahun lebih Sweet mendirikan rumah tangga dengan suaminya, pelakon, Adam Lee.

Tetapi kalau tak salah Cik Bunga, kedua-duanya belum memaklumkan sebarang gembira mengenai perihal zuriat.

Malah, rasanya, mereka pun tidak rajin buka mulut mahu berkongsi mengenai harapan timang anak.

Mungkin Sweet dan Adam percaya, itu semua soal rezeki daripada Allah SWT. Iyalah, sebagai seorang Muslim, itulah yang terbaik.

Tetapi itulah, siapa pula yang pandai buat cerita cakap Sweet sudah hamil dan sengaja sembunyikan berita baik itu.

Mengenali Sweet dan Adam, Cik Bunga pasti, mereka berdua bukanlah orang yang macam itu. Ya, Cik Bunga tahu, ia satu perkara yang baik.

Tetapi lebih manis kalau kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau betul Sweet sudah mengandung, Cik Bunga pasti dia akan maklumkan kepada semua.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan, Cik Bunga sudah tahu dah pun yang Sweet memang belum hamil. Itu pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya