KUALA TERENGGANU: Pihak pendakwaan kes fitnah Sultanah Terengganu memohon Mahkamah Tinggi menolak rayuan Clare Rewcastle-Brown untuk mengetepikan sabitan salah dan hukuman terhadapnya. Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, berkata, hal ini kerana Rewcastle-Brown selaku perayu tidak pernah hadir sepanjang prosiding dijalankan sejak peringkat awal. Pengarang Sarawak Report itu pada 7 Februari lalu telah disabitkan kesalahan dan dihukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memfitnah Sultanah Nur Zahirah. Dalam hujahannya ketika pengurusan kes hari ini, Engku Ahmad Rashdi berkata, Rewcastle-Brown seharusnya tahu prosiding sudah berjalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya