SPRM tahan kakitangan bank terima sogokan luluskan pinjaman RM3.4 juta - Utusan Malaysia

SPRM tahan kakitangan bank terima sogokan luluskan pinjaman RM3.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang kakitangan sebuah bank kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan kelulusan pinjaman lebih RM3.4 juta. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya sekitar pukul 4 petang, hari ini. Diifahamkan, wang sogokan berjumlah RM141,700 itu diterima bagi meluluskan pinjaman bank berjumlah RM3,442,700. Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki itu. “Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya