SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan meneliti notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang yang diserahkan oleh Parti Bersatu hari ini. Speakernya, Lau Weng San berkata, beliau ketika ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. “Saya perlu meneliti dokumen (notis kekosongan itu) terlebih dahulu. Pada masa ini, saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan,” katanya ketika dihubungi. Terdahulu, Bersatu Selangor menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan notis berkenaan kepada Weng San, kira-kira pukul 3 petang. Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, notis melibatkan kerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya