Skuad ragbi 15s negara ‘layu’ diratah Hong Kong

Skuad ragbi 15s negara ‘layu’ diratah Hong Kong

ragbi
AKSI Pemain Hong Kong yang cuba melepasi hadangan pemain Malaysia pada perlawanan pertama ARC 2024 di UPM semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15s) gagal menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah apabila tewas kepada Hong Kong 6-70 pada saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kelebihan daripada segi tubuh fizikal pasukan juara bertahan terbabit yang mana menjadi kekuatan mereka.

“Kita sememangnya menjangkakan kelebihan Hong Kong dengan tubuh fizikal yang cergas. Kita dapat tengok amat ketara perbezaan fizikal pasukan Malaysia dengan mereka.

“Bagaimanapun, saya beritahu kepada pemain kita akan cuba bermain sehabis baik untuk menyaingi tahap fizikal mereka. Saya berbangga dengan permainan yang dituju oleh pemain kebangsaan walaupun Hong Kong pasukan yang hebat,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan, semalam.

Pada aksi terbabit, skuad Bunga Raya menampilkan semangat juang tinggi,
namun Hong Kong terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Alex Post untuk menjadikan kedudukan 0-5.

Tersentak dengan keadaan itu, skuad negara mengatur semula strategi perlawanan dan hasilnya Malaysia berjaya merapatkan jurang menerusi penalti yang disempurnakan pemain pemain naturalisasi, Lee James Chapman pada minit ke sembilan.

Hong Kong bagaimanapun terus menggasak kubu pertahanan negara dan skuad kendalian Andrew Douglas menutup separuh masa pertama dengan 3-42 selepas melakukan lima try dan menyempurnakan lima conversion.

Bersambung babak kedua perlawanan, Malaysia terus tertekan apabila Hong Kong melengkapkan try pada minit ke-43 untuk menjadikan kedudukan 3-47.

Hong Kong dengan bangganya menamatkan perlawanan dengan kedudukan 6-70 selepas melengkapkan tiga try dan menyempurnakan empat conversion dan satu penalti.

Skuad kebangsaan akan menutup kempen kejohanan terbabit menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun ini di Dubai.

Untuk rekod, Malaysia turut dibelasah oleh Hong Kong 9-88 pada ARC 2023 lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN