PUTRAJAYA: Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) [SKPP11 (1)] menguasai pertandingan nyanyian Lagu Irama Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan dengan didominasi oleh dua pesertanya.
Pertandingan itu dianjurkan dengan Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sempena Minggu Perpaduan Peringkat JPNIN Wilayah persekutuan Putrajaya.
Para peserta daripada SKPP11 (1) di bawah bimbingan Ili Hilwani Ismail dan Joanne Chee Sze Min nyata menguasai pertandingan itu dengan wakilnya muncul sebagai johan dan naib johan.
Johan menjadi milik Dini Azzalea Mohd Arif sementara naib johan pula ialah Nur Fitri Syamira Zainal.
Sementara tempat ketiga menjadi milik Adam Saiful Azmi yang mewakili Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) [SKPP11(2)]. – UTUSAN