SKPP11 (1), Covent Butterworth menang Pertandingan Sekolah Sihat AIA

SKPP11 (1), Covent Butterworth menang Pertandingan Sekolah Sihat AIA

PARA pemenang Pertandingan Sekolah Sihat AIA pada majlis Anugerah Sekolah Sihat AIA di ibu negara baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) [SKPP11 (1)] muncul sebagai pemenang bagi kategori sekolah rendah Pertandingan Sekolah Sihat AIA Malaysia yang berlangsung baru-baru ini.

SKPP11 (1) tampil dengan inisiatif aplikasi mudah alih kesihatan HELPIE yang inovatif untuk para pelajarnya.

Direka bentuk untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar, aplikasi itu menyediakan alat untuk mengenal pasti dan pengurusan tekanan, bersama-sama dengan permainan dan kempen kesihatan yang menarik.

Hasil projek yang diketuai Mohd. Saharudin Setapa itu memberi manfaat kepada lebih 500 pelajar dengan membantu mengurangkan tahap tekanan daripada 34 peratus kepada 18 peratus, manakala 92 peratus melaporkan pemahaman emosi yang lebih baik.

Sementara itu, bagi kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Butterworth meraih tempat teratas dengan projek Eco-Jump Rope dan Dumbbell, bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan pelajar.

Inisiatif ini menggunakan peralatan senaman kos sifar yang dihasilkan daripada bahan kitar semula, menggalakkan pelajar terlibat dalam senaman mesra alam.

Projek ini memupuk kecergasan dan kemampanan, mempromosikan kreativiti, kerja berpasukan, dan gaya hidup yang lebih hijau dalam kalangan pelajar.

SK Putrajaya Presint 11(1) dan SMK Convent Butterworth (SMKCV) akan mewakili Malaysia di Anugerah Sekolah Sihat Serantau AIA yang dijadualkan berlangsung Julai ini di Bali, Indonesia.

Kedua-dua sekolah akan bersaing di peringkat serantau menentang sekolah yang mewakili lima lagi negara iaitu Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, dan Vietnam di mana sekolah yang muncul juara akan membawa pulang wang tunai AS$100,000.

Senarai pemenang Pertandingan
Sekolah Sihat AIA:
Kategori Sekolah Rendah
1. SK Putrajaya Presint 11(1) (Putrajaya) (AS$13,000/RM 60,600)
2. SJK(C) Hwa Lien (Selangor)
(AS$9,000/
RM 42,000)
3. SK Kanchong Darat (Selangor) AS$9,000/RM 42,000)
4. SK Oran (Perlis) (AS$9,000/RM 42,000)
Kategori Sekolah Menengah
1. SMK Convent Butterworth (Penang) (AS$13,000/RM 60,600)
2. SMK Taman Maluri (Kuala Lumpur) (AS$9,000/RM 42,000)
3. SMK Dato’ Jaafar Hassan (Perlis) (AS$9,000/RM 42,000)
4. SMK Sri Perak (Perak) (AS$9,000/RM 42,000)

AIA Malaysia dalam kenyataan berkata, pertandingan itu mengiktiraf sekolah yang menggalakkan tabiat sihat dalam kalangan pelajar.

Sebanyak 18 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengambil bahagian pada pertandingan yang julung kali diadakan oleh syarikat insurans itu sebagai mengiktiraf usaha luar biasa dalam melaksanakan idea-idea inovatif untuk menjadikan sekolah sebagai tempat pembelajaran yang lebih sihat dan ceria.

Pertandingan itu berlangsung dari Oktober 2023 hingga Mac 2024 dan menerima penyertaan daripada sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN