Siti Nurhaliza tunggu kenyataan rasmi UMCCed - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza tunggu kenyataan rasmi UMCCed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak cepat melatah, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyerahkan kepada pihak pentadbiran Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCCed), untuk mengeluarkan kenyataan rasmi yang melantiknya sebagai pakar.

Pengurus kepada penyanyi Purnama Merindu itu, Rozi Abdul Razak, memaklumkan Siti akan memberikan respons balas sewajarnya mengenai isu yang tular selepas kenyataan daripada pusat pengajian itu dikeluarkan.

“Buat masa ini Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCCed kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu pihak berkenaan.

“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan ini dibuat, Siti akan memberikan maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media.

Mewakili Siti Nurhaliza, Rozi bagaimanapun berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan memahami situasi yang terjadi.

“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat segelintir individu yang berpendapat pelantikan penyanyi itu sebagai pakar tidak bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliki.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan pemberian gelaran tersebut kepada penyanyi terkenal itu seolah-olah telah mencalarkan imej Universiti Malaya sebagai universiti terbaik negara.

Bagaimanapun, menerusi pelbagai pandangan dan reaksi di media sosial, ramai pakar akademi dan pemain industri seni bersetuju dengan pelantikan tersebut malah bangga dengan kredibiliti serta pencapaian penyanyi nombor satu negara itu.

Untuk rekod, UMCCed ialah pusat pendidikan berterusan yang diasaskan oleh Universiti Malaya menerapkan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat.
Pusat pengajian itu menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan untuk semua lapisan masyarakat sejak 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya