Sistem cukai bantu elak negara terus berhutang - Johari Ghani

Sistem cukai bantu elak negara terus berhutang – Johari Ghani

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sistem kutipan cukai yang diamalkan di negara ini adalah bagi mengelak pentadbiran negara terpaksa berdepan dalam keadaan terus berhutang atau meminjam dana daripada luar negara.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dalam konteks ini, negara perlu mengambil tindakan drastik supaya negara tidak terjejas malah merisikokan generasi akan datang.

“Tetapi ada juga pengusaha di luar sana mangambil kesempatan untuk mengelak dari membayar cukai.

“Sebab itu mana-mana agensi kerajaan yang terlibat secara langsung mengutip hasil untuk negara, sebenarnya hasil kita kutip bukan untuk kita, tetapi kutip hasil untuk negara dan generasi akan datang,” katanya dalam sesi soal jawab pada perhimpunan katanya ketika berucap menyampaikan amanat pada Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), di sini hari ini.

Johari berkata, banyak perkara yang dilaksanakan tidak boleh bertahan lama jika bersandarkan kepada hutang.

Katanya, perkara sama perlu dilakukan dalam sesebuah jabatan dengan melaksanakan perubahan jika boleh menjalankan tanggungjawab dengan efisyen, konsisten dan berdisiplin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya