Sisi gelap dunia Bollywood: Didera, dirogol dan hampir dibunuh - Utusan Malaysia

Sisi gelap dunia Bollywood: Didera, dirogol dan hampir dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EMPAT bintang Bollywood ini mempunyai masa depan yang sangat cerah ketika mula-mula menceburkan diri dalam dunia perfileman. Namun tiada siapa menyangka, kehidupan mereka akan berubah beratus darjah.

Berpegang kepada janji, keempat-empat aktres ini mempunyai sejarah hitam sendiri apabila setiap mereka pernah melalui episod penderaan secara fizikal, mental dan seksual.

Malah, salah seorang daripada mereka juga hampir menjadi mangsa rogol dan bunuh oleh empat orang lelaki durjana. Ayuh, kita telusuri sejarah hitam empat bintang Bollywood ini!

SOMY ALI
Aktres yang sudah mengumumkan persaraannya, Somy Ali pernah mendedahkan didera secara seksual ketika usianya 5 tahun! Dedah Somy, dia sebenarnya terperangkap dengan situasi keganasan rumah tangga ketika membesar di Pakistan.

Ketika diminta menceritakan semula sejarah zaman kanak-kanaknya, Somy memberitahu dia telah didera dengan dahsyat oleh mereka yang seharusnya melindungi dan menyayangi dia yang masih kecil.

Malah, bekas kekasih Salman Khan ini pernah menggemparkan dunia Bollywood selepas mendakwa didera secara mental dan fizikal oleh aktor popular tersebut. Bukan pertama kali dengar kan.

SHEILA RAY
Kisah tragis yang dilui model, pelakon dan aktivis, Sheila Ray sememangnya mengundang duka dan rasa tidak percaya kepada sesiapa yang mendengar.

Tidak terbayang mereka yang mendengar apabila Sheila mendedahkan dia pernah diberi dadah, dirogol oleh empat orang lelaki dan dibuang di tepi jalan sekitar tahun 1977.

Lebih mengejutkan, anaknya, Ashok Banker yang berusia 12 tahun ketika itu menemukan emaknya yang terkulai di hadapan rumahnya. Kisah menggemparkan itu telah dibukukan oleh Ashok.

Sehingga kini, tiada gambar atau informasi berkaitan Sheila Ray yang boleh dicari di internet. Hilang!

DAISY IRANI

Daisy Irani, pelakon kana-kanak tahun 1950-an telah dirogol oleh penjaganya sendiri ketika usianya baru mencecah enam tahun! Ketika itu Diasy sedang dalam penggambaran filem Hum Panchhi Ek Dal Ke (1957).

Tidak hanya dirogol, Daisy sebenarnya telah didera secara fizikal, mental dan seksual oleh lelaki durjana tersebut sehingga menimbulkan trauma yang sangat mendalam kepada bintang kanak-kanak itu.

Episod hitam tersebut’ disimpan’ rapi berpuluh tahun sehingga 2018, Daisy akhirnya mendedahkan kejadian menyayat hati tersebut kepada umum.

Bintang kanak-kanak terkenal pada tahun 1950-an dan 1960-an, Daisy Irani telah didera secara seksual ketika usianya 6 tahun. Ketika itu dia sedang menjalani penggambaran filem Hum Panchhi Ek Dal Ke (1957), dan telah dirogol oleh seorang lelaki yang sepatutnya menjadi penjaganya.

KANGANA RANAUT

Aktres, Kangana Ranaut menyimpan impian sejak kecil untuk bergelar seorang bintang Bollywood. Namun tanpa dia sedar, dunia seni dan hiburan sebenarnya menyimpan sisi hitam yang sangat kotor.

Di usia 17 tahun, dia telah dirogol oleh seorang lelaki yang berpengaruh dalam dunia perfileman. Ketika itu, dia hanya mampu mendiamkan diri dan ‘menerima’ takdir yang cukup gelap itu.

Selepas mendedahkan perkara tersebut, ramai yang mula memetik beberapa nama termasuk pelakon dan produser, Aditya Pancholi. Namun sehingga ini, Kangana merahsiakan perkara tersebut kerana takut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya