Sharnaaz macam abang saya sendiri, tak cemburu pun - Aedy Ashraf - Utusan Malaysia

Sharnaaz macam abang saya sendiri, tak cemburu pun – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Janganlah marah Sharnaaz. Dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Kalau dia tegur atau memuji itu tandanya bagus dan membina.”

Demikian jawapan pelakon, Aedy Ashraf selepas segelintir netizen menyelar tindakan aktor, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak menjaga hatinya apabila memuat naik gambar beserta kapsyen pujian bersama Amelia Handerson di Instagram.

Jelas Aedy, dia tidak berasa cemburu apatah lagi menganggap pujian itu sebagai sesuatu yang negatif sementelah Amelia berhak menerima pujian atau pendapat mengenai lakonannya daripada rakan industri.

“Ala biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tidak nampak apa yang dimuat naik Sharnaaz itu sebagai satu perkara yang negatif.

“Bagi saya itu sesuatu perkara positif dan membuktikan Amelia adalah pelakon yang bagus. Jadi sesiapa pun yang mahu memujinya sudah tentu, dia layak untuk menerima pujian tersebut.

“Baguslah, sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian,” katanya.

Aedy ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council semalam.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Sharnaaz, Aedy berkata mereka boleh diibaratkan seperti abang dan adik.

“Tak perlu nak marah-marah Sharnaaz. Saya dan dia macam adik dan abang. Kami selalu juga berbalas komen di Instagram.

“Saya hormat dia sebagai seorang pelakon dan juga abang saya sendiri. Kami semua sama-sama satu industri seni dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat hantaran pujian itu,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz mencuri perhatian apabila memuat naik gambarnya Amelia menerusi Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz yang segak memakai busana warna sedondon bersama Amelia membuatkan ramai mengatakan Amelia kelihatan sesuai bersama aktor itu.

Bagaimanapun ada juga komen kurang enak menuduh Sharnaaz seolah-olah tidak menjaga hati Aedy yang merupakan teman istimewa aktres itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya