Anak suspek Autisme sejak 2 tahun, Shila Amzah tiada sokongan

Anak suspek Autisme sejak 2 tahun, Shila Amzah tiada sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah, mendedahkan tidak mempunyai sokongan kuat dan mengharungi fasa sukar hidup sendirian ketika anaknya, Seth Uwais, disahkan mempunyai gejala autisme.

Bercerita lanjut, ketika anaknya memasuki usia dua tahun, doktor telah mengesahkan Seth mengalami masalah selective mutism atau ‘senyap terpilih’ di mana seorang kanak-kanak sukar berinteraksi dalam keadaan tertentu.

“Semasa usianya dua tahun, doktor suspek Seth mengalami Autisme kerana dia mempunyai semua gejala.

“Malangnya ketika itu saya tiada sokongan dan mengharungi segalanya sendirian. Saya tunggu sehingga kes cerai saya selesai dahulu.

“Sejujurnya saya tidak kuat untuk menghadapinya,” katanya menerusi satu perkongsian di InstaStory.

Walaupun begitu, penyanyi Memori Tercipta itu enggan mengalah sebaliknya berusaha membeli barangan permainan yang ada di pusat terapi untuk melatih sendiri anak sulungnya itu.

“Saya beli semua permainan yang ada di pusat terapi untuk Seth.

“Apabila usianya mencecah 3 tahun setengah, akhirnya dia dapat menyebut perkataan pertamanya.

“Jantung saya terhenti seketika waktu itu hanya Allah yang tahu. Betapa suasana persekitaran sangat penting untuk tumbesaran anak-anak,” tulisnya lagi.

Susulan daripada itu, keadaan anaknya menjadi bertambah baik sebaik sahaja dia bertemu suaminya, Ubai yang memberikan pendidikan terbaik buat anaknya.

“Ubai banyak ajar Seth perkara baru yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa. Kami hanya mahu pastikan Seth menerima pendidikan yang tepat. Semuanya demi cinta,” tulisnya.

Juara Anugerah Juara Lagu ke-36 itu juga menasihati ibu bapa di luar sana agar jangan menidakkan sekiranya anak mereka mempunyai tanda-tanda Autisme.

“Jika sudah terdetik dalam hati terus pergi ke klinik berdekatan untuk lakukan pemeriksaan. Tahap berapa, itu cuma doktor sendiri yang boleh diagnos.

“Bila doktor tanya tentang tingkah laku anak, ceritakan sejujurnya. Jangan sembunyikan info.

“Kita juga buat langkah penting di rumah bukan sekadar bergantung terapi sahaja,” katanya.

Semalam, menerusi perkongsian video di Instagram, Shila mendedahkan anaknya telah disahkan doktor menghidapi Autisme tahap satu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN