Selebriti suka buat onar, tidak hormat kerja orang lain - Utusan Malaysia

Selebriti suka buat onar, tidak hormat kerja orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“MEMANG patutlah dia ini pernah kena sihir!”

Lebih kurang begitulah kata seorang pengadu kepada Cik Bunga ketika dia menceritakan perangai buruk selebriti lelaki bersongkok yang seorang ini.

Selebriti ini baru sahaja muncul dengan sebuah filem di pawagam. Jadi, tentulah dia banyak menerima jemputan untuk mempromosikan filem tersebut di mana-mana.

Tidak kisahlah sama ada untuk media, acara hiburan atau sebagainya. Namun apa yang tidak menariknya, selebriti lelaki ini rupanya jenis suka buat onar dan menyusahkan kerja orang lain.

Sudah banyak kali juga dia berjanji mahu datang ke acara jemputan, tetapi hujung-hujung tidak datang pun. Apa yang kelakar, berdasarkan ‘rekod’, dia selalu berikan alasan yang tidak munasabah setiap kalinya.

Makna kata bukan sekali, tetapi sudah biasa. Apa contoh alasan tidak munasabah?

Okey, kalau Cik Bunga beri contoh seperti ‘saya tidak boleh datang sebab tiada baju warna biru’, adakah pembaca rasa itu satu alasan munasabah?

Tentulah tidak. Lebih kurang begitulah alasan yang dia suka berikan. Pada Cik Bunga, kalau dia tidak mahu datang atau tidak sudi hadir ke acara tertentu, lebih baik jangan berjanji dan kata mahu datang.

Ada sekali, Cik Bunga dengar, selebriti ini sudah sampai pun di pekarangan tempat sebuah acara yang perlu dihadirinya.

Dia boleh tiba-tiba ‘ghaib’ sehingga menyusahkan pihak penganjur yang sudah mempersiapkan segala prosedur untuk menyambut kehadirannya. T

ak baiklah macam itu, betul tak? Kita ini, kalau sudah berjanji, kotakanlah.

Lagi pula, sudah berada di tempat tersebut, luangkanlah masa sebentar. Apa salahnya. Sudah tua-tua buat perangai eloklah sikit.

Itu belum lagi Cik Bunga buka cerita lain mengenai perangai tidak senonoh selebriti ini.

Sebab itulah mungkin kerana ‘kejahatannya’ pada orang menyebabkan ada pihak simpan dendam dan dia pun terkena sihir. Eh! Itu nantilah Cik Bunga cerita di lain hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya