Sekarang zaman ustaz-ustaz sedang diuji - Nabil Ahmad - Utusan Malaysia

Sekarang zaman ustaz-ustaz sedang diuji – Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pengacara terkemuka tanah air, Nabil Ahmad, menerima kecaman ramai apabila dia didakwa cuba mempertahankan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal yang kini direhatkan daripada program kendaliannya di RTM.

Secara spontan, Nabil berkata, dia percaya kini ramai kalangan agamawan sedang dilanda ujian sehinggakan ada antara mereka cuba ‘disenyapkan’ dengan tindakan direhatkan daripada terlibat dalam mana-mana program.

“Cakap pasal pengorbanan, tanggungjawab (sempena sambutan hari raya Aidiladha) sekarang ini kita sedang melalui satu zaman di mana ustaz-ustaz kita sedang diuji.

“Orang-orang baik sedang diuji. Sekarang ini banyak ustaz-ustaz juga direhatkan bila mana ada orang terlebih bijak pandai buat hasutan.

“Padahal benda itu ada kebenarannya. Kalau tak ada pun, mungkin boleh dibincangkan dengan cara yang baik. Tetapi para asatizah dan ustaz-ustaz sekarang diuji sedangkan mereka sedang berkorban masa, jiwa, keluarga demi nak berdakwah kerana agama,”katanya.

Nabil berkata demikian semasa mengendalikan program Meletop di saluran Astro, semalam yang turut menampilkan tetamu undangan seperti Ustaz Harry, Namie dan Pencetus Ummah (PU Amin).

Menerusi cuplikan program berkenaan yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi X, kenyataan Nabil itu bagaimanapun mendapat respons kurang baik ramai.

“Wah wah wah Nabil, bukan main lagi nak sokong Ustaz Selebriti, sampai boleh kata macam ini.

“‘Bila mana ada orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan’. Nabil sedar ke tak, yang menegur itu datangnya daripada mufti, daripada pakar hadis dan ahli Majlis fatwa?

“Rosak agama ni kalau banyak berkiblatkan ‘selebriti’, bukan quran dan hadis Nabi,”kata seorang pengguna X.

“Rasanya mereka memang pulun betul-betul nak mempertahankan geng ini. Di radio, TV, segala sumber yang ada mereka kerah untuk menampakkan yang ustaz selebriti ini benar belaka dan konon dianiaya.

“Yang menegur dengan penuh hujah pula dijadikan macam ‘penjahat’ selain juga dicop wahabi,”kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Ustaz Don pernah direhatkan selama seminggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan dalil sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN