Segera naik taraf landskap Taman Tasik Seremban

Segera naik taraf landskap Taman Tasik Seremban

J. ARUL Kumar (tiga dari kiri) ketika meninjau keadaan kemudahan di Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) perlu me­ngambil tindakan segera menyelesaikan isu kebersihan dan beberapa kerosakan kemudahan yang berlaku di Taman Tasik Seremban, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, selain itu keseluruhan kawasan itu yang melibatkan tasik, landskap, trek dan beberapa kemudahan lain juga perlu dinaik taraf.

“Taman Tasik Seremban ini kawasan utama di tengah Bandar Seremban dan ramai yang berkunjung di sini bagi melakukan senaman setiap pagi dan petang.

“Selepas saya membuat tinjauan di kawasan itu, boleh dikatakan landskap dan trek agak teruk juga. Sepatutnya kawasan utama di sesuatu bandar seperti di taman tasik dan kawasan sekitar perlu dijaga demi imej kepada negeri.

“Saya telah maklumkan kepada Ahli-Ahli Majlis agar dalam belanjawan MBS tahun hadapan, keperluan peruntukan untuk menaik taraf Taman Tasik Seremban ini perlu diberi keutamaan,” katanya.

Kata beliau, peruntukan ju­ga perlu diperoleh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

“Sebagai perancangan jangka masa panjang, saya telah meminta MBS menghidupkan kembalikan aktiviti malam di situ berdasarkan keperluan masyarakat setempat seperti yang dilakukan di Dataran Ni­lai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN