Sebar video jemaah meninggal di Tanah Suci boleh undang fitnah - Elfira Loy - Utusan Malaysia

Sebar video jemaah meninggal di Tanah Suci boleh undang fitnah – Elfira Loy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Elfira Loy, 31, menasihatkan semua pihak usah terlalu ghairah atau cepat berkongsi mengenai isu jemaah yang meninggal dunia di Mekah kerana dibimbangi hanya akan mengundang fitnah.

Bagi Elfira, perbuatan merakam dan memuat naik gambar atau video berhubung perkara itu tidak manis dilakukan apatah lagi ada antaranya tidak ditapis.

“Tak sangka tular video beberapa individu yang merakam dan muat naik di media sosial mengenai para syahidah yang meninggal dunia ketika melakukan Haji.

“Pertama sekali, tidak baik untuk memuat naik perkara seperti itu tanpa ditapis. Bagi saya video itu boleh mengundang fitnah dan juga membawa perkara negatif kepada jemaah lain pada masa akan datang,”katanya.

Elfira berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

Selain itu, kata Elfira, secara peribadi dia juga telah melihat dan memantau situasi itu memandangkan kini sedang berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Haji.

“Saya juga lihat situasi itu di sini. Saya juga melihat bagaimana dedikasinya pasukan perubatan berusaha melakukan yang terbaik untuk menguruskan hal ini.

“Anda boleh dengar kekerapan bunyi ambulans yang bekerja keras untuk membantu dan menguruskan semua jemaah Haji. Bukan itu sahaja, jalan raya juga penuh dengan trak makanan yang menyediakan dan mengedarkan makanan kepada semua jemaah.

“Itu termasuk mereka yang tidak berdaftar untuk Haji,”katanya.

Pada masa yang sama, pelakon ini turut memuji kerajaan Arab Saudi yang bertungkus lumus menangani isu ini selain sistem yang dikendalilan mereka bagi mengawal jumlah jemaah Haji pada tahun ini.

“Kawalan kemasukan jemaah Haji pada tahun ini juga agak ketat. Kerajaan mereka menggunakan teknologi AI untuk memastikan dan merancang tindakan paling efektidlf untuk semua jemaah Haji.

“Jadi, adalah penting untuk semua pihak mengikut prosedur yang ditetapkan supaya mereka boleh berada dalam keadaan bersedia.

“Semoga Allah SWT menerima ibadah Haji kita semua, “katanya.

Terdahulu, isu mengenai jemaah Haji meninggal dunia tular di media sosial apabila terdapat beberapa perkongsian gambar dan video yang memaparkan jenazah mereka dibiarkan bergelimpangan di Arab Saudi.

Jemaah-jemaah itu dipercayai meninggal dunia akibat cuaca panas melampau berikutan suhu ekstrem sehingga 53 darjah celsius yang melanda Arab Saudi pada musim Haji pada tahun ini.

Menurut laporan, seramai 550 kematian dicatatkan setakat ini akibat faktor itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya