SBPI Gombak harumkan Malaysia

SBPI Gombak harumkan Malaysia

PELAJAR Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak yang menyertai Program European Exhibition Of Creativity and Innovation (Euroinvent 2024) yang diadakan Romania baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, yang lebih dikenali dengan singkatan INTEGOMB, sekali lagi melakar sejarah dengan mengharumkan nama Malaysia dalam Program European Exhibition Of Creativity and Innovation (Euroinvent 2024) yang diadakan Romania baru-baru ini. Seramai 26 murid dan lima orang guru mewakili Malaysia, mempamerkan lima inovasi hebat yang mencerminkan kebijaksanaan dan kreativiti anak bangsa. Kejayaan ini satu lambang kebanggaan negara.

Edisi ke-16 Euroinvent ialah Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah yang diadakan secara dalam talian dan fizikal di LIasi, Romania, Jun lalu. Acara tersebut mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam konteks antarabangsa.

Edisi kali ini memperlihatkan lebih daripada 700 ciptaan dan projek dari lebih 34 buah negara, menjadikannya yang terbesar di Eropah Timur.

Dalam pameran tersebut, pencipta inovasi terkemuka, penyelidik, jurutera, dan saintis membentangkan isu-isu penyelidikan semasa dalam semua bidang penyelidikan. Tujuan pameran adalah untuk penyebaran hasil penyelidikan perkongsian dan perjanjian, mencipta dan membangunkan idea-idea penyelidikan baharu dan pemindahan teknologi.

Dalam pertandingan inovasi itu, SBPI Gombak menjulang nama Malaysia apabila merangkul 2 pingat emas, tiga pingat perak, dan enam anugerah khas dari Romanian Inventors, Moldova, dan Iran. Kejayaan tersebut hasil dedikasi guru-guru hebat seperti Muhammad Nabil Abdullah dan Suraya Shabingin yang gigih membimbing pelajar menerusi ‘Kelab R&D’.

Lebih membanggakan, kesemua 26 pelajar ini juga berkesempatan mengembangkan jaringan mereka apabila dijemput melawat sekolah terkemuka di Iasi, Romania. Pengalaman tersebut menggalakkan mereka untuk berfikir secara global dan meningkatkan aspirasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN