Saya suka bersaing secara sihat - Lan Solo - Utusan Malaysia

Saya suka bersaing secara sihat – Lan Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Lan Solo menafikan hubungannya dengan anggota kumpulan Kristal bermasalah terutama selepas dia muncul sebagai vokalis kumpulan baharu, Kristal X.

Lan atau nama penuhnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof berkata, tidak ada sebarang isu yang berbangkit di antara mereka dan dia hanya mahu bersaing secara sihat tanpa sebarang perselisihan.

“Bagi saya, pentingnya kematangan dalam industri seni pada harini. Saya memilih untuk bersaing secara sihat. Dengan cara ini, masing-masing dapat tunjukkan kemajuan dalam kumpulan sendiri.

“Kalau boleh, saya mahu kedua-dua belah pihak dapat memberi fokus kepada prestasi sahaja buat masa kini,” ujarnya ketika ditemui di sidang media Konsert Merah Hitam yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi mengulaskan lebih lanjut hubungannya bersama Kristal yang sebelum ini, Lan turut menjelaskan mereka tetap profesional walaupun tidak seakrab dahulu.

“Dahulunya, kami bermula dengan jenama X band tetapi dalam penilaian dan tinjauan yang dilakukan, ramai yang sukakan Kristal X.

“Bagi memuaskan hari peminat yang menyokong kami sejak dahulu jadi kami pilih nama tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, Lan merupakan bekas ahli Kristal. Setelah timbulnya perselisihan faham di antara mereka, vokalis ini telah mengambil tindakan untuk bergerak solo.

Terkini, Kristal X ditubuhkan dan dianggotai oleh bekas anggota lama kumpulan Kristal, Lan (Vokalis), Ainol (drum), Amai (bass) dan ahli baharu iaitu Ayop (keyboard) dan Napie (gitar).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN