Sasar Johor sebagai Projek Bandar Pintar IoT - Utusan Malaysia

Sasar Johor sebagai Projek Bandar Pintar IoT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penubuhan Association of International IOT entrepreneur bakal mencetus sebuah bandar yang pertama di dunia dengan teknologi Ai Robot di Johor Bharu dianggarkan bernilai lebih RM5 juta.

Datuk Seri Steven Yong berkata, lima ke sepuluh tahun akan datang, IoT akan menjadi penanda aras penting dalam pembangunan negara sekali gus menandakan satu anjakan pragdigma baru

“IoT bermakna ‘Internet of things’ maksudnya, selain kita punya badan dari baju sehingga kaca mata dan segalanya sekalipun akan berhubung dengan internet melalui chip, jadi apabila anda berada di bandar ini kehidupan akan berubah, bagaimana ia bertukar kerana semua pakai internet.

“Sebagai contoh apabila kita pergi ke restoran Ai robot akan layan kita sebelum duduk, robot ini juga akan tahu siapa yang akan datang dan menu makanan juga dia akan tahu apa yang kita mahu, kenapa robot itu tahu kerana kita tahu ada data yang besar sudah simpan’.

“Selain itu mereka yang membeli kediaman akan diberikan 3 Ai robot dalam satu rumah, seperti robot untuk memasak, robot untuk jaga kesihatan dan robot cuaca,” katanya.

Tambahnya, memandangkan struktur ekonomi dunia sedang bergerak ke arah digitalisasi, satu-satunya sistem Ai menghubungkan rangkaian industri digital ialah sistem IoT.

Semua perniagaan tradisional perlu disesuaikan dengan persekitaran digital melalui IoT untuk mewujudkan ekosistem IoT.

Menurut Steven lagi Johor Bharu adalah merupakan kawasan yang tepat untuk menarik pelabur ke dalam negeri terutamanya golongan pelancong untuk membeli kediaman dengan gaya hidup mewah dan sihat.

“Sasaran kami 50 peratus adalah pelancong kerana gaya hidup mereka yang tinggi, kita fokus orang luar dari Singapura, China, Jepun dan Taiwan akan masuk ke bandar pintar sebab itu kita memilih Johor tambahan tanahnya luas,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menjangkakan dalam tempoh 10 tahun akan datang diramalkan dunia akan mempunyai dua jenis manusia iaitu manusia baru dan manusia lama.

Manusia baru adalah mereka yang menerima teknologi IoT manakala manusia lama adalah mereka yang terputus hubungan dengan teknologi IoT.

Manusia lama akan terus menggunakan tabiat dan persekitaran hidup yang sedia ada, tetapi semakin berkurangan

Untuk mewujudkan ekosistem loT ini semua peniaga perlu bertukar dan sesuaikan dengan persekitaran digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya