Sasar 10 peratus jururawat lelaki sektor kesihatan awam

Sasar 10 peratus jururawat lelaki sektor kesihatan awam

LUKANISMAN melancarkan Persidangan Kejururawatan Malaysia Singapura Ke-7 di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk meningkatkan jumlah jururawat lelaki dalam sektor kesihatan awam kepada 10 peratus daripada keseluruhan 70,653 jururawat di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ketika ini, hanya 2,823 jururawat lelaki direkodkan yang mewakili empat peratus.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kekurangan jumlah kekurangan jururawat lelaki itu, namun pada masa sana mengakui jawatan itu banyak didominasi wanita.

“Pembabitan jururawat lelaki di negara ini agak kurang mungkin kerana mereka tidak melihat terdapat peluang pekerjaan sangat luas dalam sektor kejururawatan.

“Dalam proses pemodenan dan keperluan peranti perubatan dalam sektor kesihatan ketika ini, ia amat memerlukan penyertaan jururawat lelaki,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Kejururawatan Malaysia – Singapura ke-27 di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau graduan merebut peluang untuk menyertai profesion berkenaan.

Lukanisman berkata, masyarakat juga perlu dididik supaya tidak terus terikat dengan stigma bahawa kerjaya jururawat itu hanya untuk wanita.

“Jika kita lihat, kehadiran jururawat lelaki di sektor kesihatan negara maju semakin meningkat dan Malaysia ada potensi ke arah itu.

“Kami percaya sasaran itu dapat dicapai dalam masa singkat, namun tahap kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan supaya ia tidak dilihat hanya untuk wanita,” katanya.

Lukanisman berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh masa untuk mencapai sasaran jumlah jururawat lelaki itu, tetapi ia mungkin mengambil masa lama.

Ditanya juga sama ada KKM akan melaksanakan pengambilan khas bagi jururawat lelaki itu, katanya, tiada keperluan itu buat masa ini sebaliknya pengambilan dibuat berdasarkan meritokrasi dan permohonan.

Terdahulu, seramai 300 jururawat dari Malaysia dan Singapura hadir pada persidangan dua hari itu bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan lagi profesion kejururawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya