Saham Johor Plantations dijangka disenarai di Pasaran Utama pada RM1.06 - Utusan Malaysia

Saham Johor Plantations dijangka disenarai di Pasaran Utama pada RM1.06

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Securities menetapkan nilai saksama RM1.06 bagi Johor Plantations Group Bhd. (JPG) yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia.

Firma penyelidikan itu berkata, ia adalah berdasarkan nisbah harga pendapatan (PER) 2025 sebanyak 14 kali,iaitu diskaun 20 peratus kepada purata industri sebanyak 18 kali ganda.

Menurut firma tersebut yang belum meletakkan penarafan pada saham JPG, diskaun tersebut wajar disebabkan hutang JPG dan perbelanjaan modal yang besar diperlukan untuk program penanaman semula.

“Dalam pada itu, kami menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) pada purata RM4,000 per tan pada 2024 dan RM3,800 per tan pada 2025.

“Dengan bekalan kacang soya dijangka meningkat pada tahun ini, kami percaya adalah sukar untuk menjangka prospek harga bagi MSM disebabkan oleh kesan penggantian,” katanya dalam nota penyelidikan.

Justeru, katanya, pertumbuhan pada 2024 dan 2025 akan dorong terutamanya oleh pengeluaran kacang soya dan minyak sawit.

“Pertumbuhan itu juga akan disokong dengan peningkatan dalam pengeluaran minyak zaitun dan kacang tanah,” katanya.

TA Securities berkata, premium niaga hadapan minyak soya berbanding niaga hadapan minyak sawit telah berkurangan daripada kemuncaknya AS$803 atau bersamaan dengan RM3,785 satu tan kepada kurang daripada AS$150 satu tan.

Sehubungan itu, katanya, keadaan itu menyebabkan minyak sawit kekal menarik sebagai alternatif, pada tahap tertentu.

“Justeru itu, perspektif ini boleh membantu mengurangkan potensi penurunan harga MSM,” katanya.

TA Securities menjangkakan JPG bakal mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 24.6 peratus kepada RM204.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

“Pendapatan yang lebih tinggi akan didorong oleh harga minyak sawit yang lebih tinggi, pengeluaran tandan buah segar dan kos pengeluaran yang lebih rendah,” katanya.

Namun bagi jangkaan pendapatan tahun kewangan 2025, TA Securities meramalkan bahawa ia akan berkurangan.

Katanya, ini berikutan harga minyak sawit yang lebih rendah dan pertumbuhan volum pengeluaran yang lebih rendah disebabkan program penanaman semula yang lebih agresif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN