PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan dituntut melaksanakan reformasi gaji secara menyeluruh bagi menjaga kebajikan 16.51 juta pekerja sekali gus mengelakkan mereka terpaksa bekerja ‘sampai sakit’ kerana simpanan hari tua tidak mencukupi. Antara reformasi tersebut meningkatkan kadar gaji minimum pekerja yang ketika ini RM1,500, wajibkan kenaikan gaji tahunan dan menambah kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, reformasi gaji menyeluruh itu akan dapat membantu pekerja meningkatkan kadar caruman KWSP dan menjamin mereka mempunyai simpanan hari tua mencukupi. Menurut beliau, dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya