Redza Rosli kini suami aktres Bella Hanna - Utusan Malaysia

Redza Rosli kini suami aktres Bella Hanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dengan sekali lafaz, pelakon Redza Rosli sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Bella Hanna pada pukul 4.05 petang dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, hari ini.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah dan disaksikan jurunikah, Ustaz Mohd Mustakim Sarmuji.

Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu menyaksikan Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pasangan pelakon tersebut memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Majlis yang bertemakan serba putih itu menyaksikan Redza mengayakan persalinan warna yang sama selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis akad nikah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua pengantin termasuk rakan selebriti seperti Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Adam Lee dan Datin Elvina Mohamad.

Untuk rekod, Redza pernah bergandingan dengan isterinya menerusi drama siri Luruhnya Bunga Cinta. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN