BULI merupakan perlakuan yang cukup dibenci dan sukar dimaa an. Ramai artis K-Pop yang diboikot peminat sebaik sahaja kelakuan buruk mereka itu diungkit dan disebarkan.
Bagai tiada peluang kedua, kerjaya artis K-Pop ranap disebabkan sikap yang memakan diri itu.
Dan bagi mangsa, tindakan membuka mulut mengenai pengalaman dibuli menjadi langkah berkesan untuk mendapatkan keadilan.
Berikut tiga selebriti Korea Selatan yang menggegarkan dunia K-Pop kerana membuli dan menjadi mangsa buli.
WOOJIN
POPULARITI Stray Kids yang melonjak selepas kumpulan ini diperkenalkan pada 2018, menjunam apabila vokalis utamanya, Kim Woojin mengumumkan pengundurannya pada 2019.
Peminat yang curiga dengan pengunduran tersebut mengesyaki tindakan Woojin itu berkait rapat dengan masalah buli yang berlaku dalam kumpulan berkenaan.
Spekulasi itu dikuatkan dengan penyebaran rakaman yang menunjukkan dua anggota kumpulan itu, I.N dan Hyunjin yang seakan memulaukan Woojin.
Lebih mencurigakan apabila pengunduran Woojin secara tiba-tiba dikaitkan dengan salah laku seksual yang kemudiannya, dibuktikan sebagai palsu.
Peminat terus mempertahankan Woojin dan mendakwa tuduhan berkenaan sengaja diada-adakan bagi menutup punca sebenar pengundurannya daripada kumpulan tersebut.
JIMIN
ANTARA skandal terbesar dunia K-Pop adalah membabitkan isu dalaman kumpulan AOA apabila salah seorang bekas anggotanya, Mina mendedahkan dirinya menjadi mangsa buli ketua kumpulan itu iaitu Jimin.
Segalanya bermula apabila Mina, menerusi Instagramnya mendedahkan menanggung derita kerana dibuli Jimin sepanjang menganggotai kumpulan tersebut sehingga hampir membunuh diri disebabkan perkara itu.
Mina terus menimbulkan huru-hara apabila turut mendedahkan tentang nasib dua lagi anggota kumpulan itu yang menjadi mangsa Jimin.
Keadaan itu memaksa Jimin membuat permohonan maaf kepada Mina menerusi Instagram sebelum bertindak meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2020.
SOOJIN
PERWATAKAN lembut dan rupa paras cantik tidak mampu menyembunyikan cerita lama anggota kumpulan (G)I-dle ini yang didakwa pernah menjadi pembuli ketika zaman remajanya.
Malah kerjaya seni Soojin ranap sekelip mata apabila muncul individu dikenali sebagai A mendedahkan penyanyi ini pernah membuli adiknya ketika menuntut di sekolah yang sama.
Individu tersebut memaklumkan Soojin akan mengarahkan mangsa bulinya masuk ke tandas dan memaksa mereka memukul satu sama lain. Selain itu, dia juga bertindak mencuri wang mereka.
Tidak sekadar itu, Soojin juga dikatakan pernah ditangkap merokok dan sering berpelesiran dengan ‘mat motor’ yang lebih berusia darinya. Dakwaan-dakwaan itu dikuatkan lagi dengan pengakuan pelakon, Seo Shin-ae yang mendedahkan pernah menjadi mangsa buli Soojin ketika sama-sama menuntut di sekolah yang sama.
Untuk mempertahankan dirinya, Soojin menerusi kenyataan mena kan semua tuduhan berkenaan. Pada masa sama, agensi pengurusan, Cube Entertainment turut mena kan semua dakwaan itu selain bertindak menyiasat individu yang membuat pertuduhan.
Syarikat itu bagaimanapun selepas itu terpaksa mengecualikan penyanyi itu daripada sebarang aktiviti sebelum pada 2022 melucutkan keanggotaan Soojin daripada (G)I-dle.