Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: Ketua Penolong Pengarah badan berkanun pula ditahan

Rasuah projek lebuh raya RM1 bilion: Ketua Penolong Pengarah badan berkanun pula ditahan

SPRM menahan reman seorang Ketua Penolong Pengarah badan berkanun di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang Ketua Penolong Pengarah badan berkanun kerana dipercayai turut menerima rasuah lebih RM146,000 daripada satu syarikat sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja bagi projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Perintah reman selama empat hari sehingga 1 Julai ini terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berkhidmat di badan berkanun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10 malam tadi.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya.

Sementara itu, Majistret Nazira Adlin turut membenarkan permohonan SPRM untuk menyambung reman empat suspek termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya bermula 29 Jun hingga 2 Julai ini.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan reman tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya termasuk seorang CEO selama empat hari selain turut menahan reman seorang lagi pegawai syarikat berkenaan selama tiga hari bermula Rabu lalu.

Kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat yang mengambil alih kerja-kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap seorang lagi suspek serta penyambungan reman terhadap keempat-empat suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya