Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu

Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“(Pelantikan itu) selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Ramlan sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau juga berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam lebih 25 tahun dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan serta pentadbiran di peringkat negeri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN