NIBONG TEBAL : Seorang lelaki cuba mencetuskan provokasi ketika Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di sini, malam tadi. Dia yang berada di penjuru pentas ceramah ketika Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sedang berucap secara tiba-tiba bangun dan mempersoalkan mengapa harga minyak tidak turun. Difahamkan, persoalan lelaki tersebut merujuk kepada pengumuman penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia. Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bagaimanapun terus memanggil lelaki tersebut naik ke pentas bersamanya untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya