Proses dokumentasi perkahwinan ambil masa lama punca Siti Jamumall nikah di Thailand - Utusan Malaysia

Proses dokumentasi perkahwinan ambil masa lama punca Siti Jamumall nikah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Selebriti media sosial, Siti Jamumall mengakui dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepatkan proses pernikahannya tanpa gangguan mana-mana pihak.

Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, tindakan itu dilakukan kerana proses dokumentasi perkahwinan di negara ini lazimnya mengambil masa yang lama.

“Ramai orang tak tahu saya sebenarnya perlu terbang ke Dubai selepas batalkan perkahwinan dengan bekas tunang pada 31 Mei lalu.

“Sebagaimana yang orang tahu, urusan dokumentasi untuk berkahwin mengambil masa yang lama di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak galakkan orang ramai untuk berkahwin di luar negara seperti apa yang saya lakukan. Tetapi bagi saya, apa salahnya kahwin di luar Malaysia.

“Saya kahwin dengan pengetahuan keluarga. Saya akui pada awalnya , mak dan keluarga sangat terkejut namun mereka merestui pernikahan ini,” katanya pada sesi sidang akhbar tergempar penjelasan perkahwinannya di sini, hari ini.

Siti juga mengakui dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mana-mana pihak selain tidak kisah menanggung kos kerugian sebanyak RM70,000 meskipun pernikahan tersebut tidak terjadi.

“Memang benar, saya kerugian hampir RM70,000 yang meliputi kos keseluruhan majlis termasuk tempahan dewan, makan dan sebagainya.

“Saya buat keputusan untuk batalkan walaupun dua hari lagi majlis berlangsung. Keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan saya sudah melakukan solat istikarah.

“Bagi saya siapa kita nak halang takdir, Allah yang tetapkan. Sebelum ini selalu dengar cerita orang lain hadapi dugaan bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin bersama orang lain, siapa sangka perkara tersebut terjadi kepada saya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pempengaruh yang juga usahawan itu sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini dan bersedia untuk membayar denda.

Sementara itu, setelah berbincang dengan kedua belah pihak keluarga Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Ahmad Kudus, 21, memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka.

Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya