Prof Dr Ab Aziz Al Safi raih pengiktirafan Asia Book of Records - Utusan Malaysia

Prof Dr Ab Aziz Al Safi raih pengiktirafan Asia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha Profesor Dr Ab Aziz Al Safi membantu pesakit kronik mencapai kualiti hidup yang lebih baik akhirnya membuka mata banyak pihak apabila dia yang juga pengasas Neo Medicare menerima pengiktirafan Asia Book of Record atas sumbangannya membantu masyarakat terutama pesakit buah pinggang.

Menggunakan teknik diagnostik dan rawatan alternatif berasaskan bukti saintifik, Pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare Group ini turut memberi solusi penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah yang dihadapi.

“Pengiktirafan ini merupakan anugerah Asia Book Of Record yang berpangkalan di India. Ia mengiktiraf rawatan yang digunakan mampu memberi kebaikan kepada masyarakat.

“Daripada pengamatan saya yang mempunyai pengalaman selama 26 tahun sebagai pakar perubatan integratif, doktor dan pensyarah, perubatan moden sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik terutama penyakit buah pinggang kronik.

“Di Malaysia sahaja terdapat lebih 9,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun dan jumlah 4.5 juta rakyat Malaysia mengidap masalah buah pinggang. Kehidupan mereka yang menjalani dialisis ini cukup perit kerana perlu menjalani rawatan hampir setiap minggu, malah kosnya sangat mahal.

“Malah Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi didunia yang memiliki pesakit buah pinggang dan bergantung dialisis setiap minggu,” kata Profesor Perubatan di Kolej Universiti Lincoln di Kota Bharu, Kelantan ini.

Jelasnya, selain kaedah menjaga diet pemakanan yang ketat selama setahun, proses bekam juga turut digunakan bagi membuang darah kotor dalam badan.

“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif.

“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” ujarnya dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di hotel Eastin.

Pasukan Kumpulan Neo Medicare pakar dalam menggunakan penjagaan perubatan integratif untuk membantu merawat penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes mellitus dan sindrom metabolik serta penyakit kronik yang lain.

Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya