PAPAR: Pas menerima beberapa senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang dalam mesyuarat semalam. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semasa mesyuarat peringkat parti semalam, pimpinan parti menerima beberapa nama calon namun, belum ada keputusan kerana perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas. Menurut beliau, kebiasaannya kawasan yang terlibat akan menghantar dua hingga tiga nama untuk diteliti di peringkat parti dan kemudian senarai nama itu akan dikemukakan kepada Majlis Syura. “Sekiranya Majlis Syura menyatakan ketiga-tiga nama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya