PRK DUN Nenggiri ditetapkan 17 Ogos depan - SPR

PRK DUN Nenggiri ditetapkan 17 Ogos – SPR

RAMLAN Harun melihat peta kawasan DUN Nenggiri bagi maksud PRK dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 3 Ogos, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 13 Ogos 2024.

“Sejumlah 20,259 pemilih terlibat terdiri 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM1.6 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini.

Katanya, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula bermula 3 Ogos sehingga pukul 11.59 malam 16 Ogos 2024.

“Lokasi Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi diadakan di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.

“Seramai 431 petugas dilantik bagi mengendalikan PRK ini selain 20 buah pusat mengundi biasa dibuka serta sebuah pusat undi awal,” katanya.

Ini adalah PRK ke-9 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu dan PRK Sungai Bakap.

Media semalam melaporkan, Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi sementara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim untuk menghentikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu atas alasan beliau masih penyandang yang sah.

Pada 24 Jun lalu, Mohd Azizi mengemukakan saman pemula bagi menghentikan SPR daripada mengadakan pilihan raya di kawasan DUN berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya