Polis sasar 1,500 peserta sertai Selangor Police Integrity Half Marathon

Polis sasar 1,500 peserta sertai Selangor Police Integrity Half Marathon

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Sebanyak 1,500 peserta disasar menyertai acara Selangor Police Integrity Half Marathon yang pertama kali diadakan pada 14 Julai ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, acara julung kali itu akan berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang di mana ia adalah inisiatif strategik dalam menyemai nilai murni.

Menurutnya, dengan slogan ‘berlari dengan integriti!’, acara itui diharapkan dapat memberikan impak positif besar kepada semua pihak yang terlibat.

“Visi program ini adalah untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan etika dalam kalangan warga Polis Selangor sambil memupuk hubungan positif dengan masyarakat.

“Polis Selangor berhasrat untuk menginspirasikan komitmen terhadap pengekalan standard integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam komuniti penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kajang (IPD), di sini hari ini.

Hussein berkata, Balai Polis Klang Selatan dan Utara akan menjadi perintis dalam menganjurkan acara itu. 

“Acara ini mempunyai beberapa kategori iaitu 5 Kilometer (km) terbuka, 10 km terbuka dan anggota polis dan 21 km terbuka dan anggota polis.

“Jumlah hadiah ditawarkan sehingga RM16,800 dan keuntungan diperolehi daripada acara ini akan disumbangkan ke Tabung Majikan Polis sebagai derma,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya