PIBGN cadang tubuh dapur berpusat

PIBGN cadang tubuh dapur berpusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan sebuah pasukan pemantau dan dapur pusat wajar diwujudkan yang berfungsi mengendalikan bekalan makanan bermutu serta berkualiti di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid di sekolah.

Cadangan tersebut dibangkitkan oleh persatuan berkenaan  yang berharap agensi seperti koperasi boleh mengawal atau memantau dapur berpusat berkenaan.

Menurut Presidennya , Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan, dengan adanya badan tersebut kualiti makanan yang dibekalkan di kantin sekolah kepada anak-anak lebih dari segi keselamatan dan bermutu.

“Mewujudkan satu tempat masak atau lebih dikenali ‘Central Kitchen’ yang dikelola oleh badan agensi seperti badan koperasi dalam menghasilkan makanan yang baik, berkualiti, halal,mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan.

“Di samping itu, ia tidak memikirkan keuntungan semata-mata tetapi mengutamakan kebajikan keselamatan serta serta bantuan untuk diberikan kepada anak-anak,” katanya.

Mohamad Ali turut mencadangkan pembentukan kelompok agensi terdiri daripada Kementerian Pendidikan agar dapat memantau serta melakukan pemeriksaan di kantin-kantin sekolah dalam memastikan khasiat makanan dari segi mutu, kualiti, kuantiti dan kos efektif yang dibekalkan kepada kantin sekolah terjamin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN