PIBG syor garis panduan makanan sihat

PIBG syor garis panduan makanan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu keracunan membabitkan aspek kualiti makanan yang disediakan dan di jual di kantin sekolah sering menarik perhatian anggota masyarakat khususnya para ibu bapa termasuklah persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) yang bimbang dengan kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka.

Baru-baru ini juga negara dikejutkan dengan isu keracunan makanan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada sebuah sekolah di Gombak. Seramai 82 daripada 247 orang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada sebuah program yang diadakan melibatkan 30 sekolah rendah peringkat daerah Gombak.

Ironinya ini bukan kes pertama, misalnya pada Mei lepas seramai 65 murid sebuah sekolah rendah di Sungai Petani dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah. Insiden ini membabitkan murid tahun empat hingga enam dan dikatakan mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan kuetiau sup di kantin sekolah. Jadi isu ini menjadi sangat sensitif dan ada saja pihak yang terus dituding jari dan dipersalahkan sebagai kambing hitam terutamanya apabila membabitkan kematian.

Namun hakikatnya jika iDalam konteks ini saya ingin mengesyorkan peranan ibu bapa khususnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terus diperkasa dengan membuka lebih banyak ruang untuk turut terlibat sama bagi membantu pihak sekolah dan pengusaha kantin dalam menyediakan menu makanan yang sihat dan selamat kepada anak-anak.

Secara prinsipnya makanan yang sihat dan selamat perlu bermula dengan penetapan dan pemilihan menu yang bersesuaian yang disediakan oleh pengusaha kantin pada setiap hari, penyediaan dan penyimpanan bahan mentah, tempoh masa menyediakan makanan yakni tidak boleh dimasak terlalu awal serta kaedah mengendalikan masakan. Dalam hal ini semua pengusaha kantin perlu mematuhi garis panduan pelaksanaan pemakanan sihat di sekolah yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Garis panduan ini dengan terperinci menerangkan senarai makanan yang boleh dijual, tidak digalakkan dijual, selain cadangan senarai makanan dan minuman yang boleh dijual di kantin sekolah mengikut kekerapan.

Malah ia juga menerangkan panduan serta mekanisme pemantauan makanan yang dijual misalnya pemantauan kendiri yang perlu dibuat oleh pengusaha kantin serta pemantauan daripada guru bertugas.

Saya percaya wakil ibu bapa boleh menjadi pihak ketiga yang membantu sekolah dan pengusaha kantin dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan makanan di kantin. – UTUSAN

 

-Noor Mohamad Shakil Hamed
Yang Dipertua PIBG SMK Seri Serdang Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN