Peserta himpunan 'Rakyat Lawan Anwar' mula berhimpun di Kompleks Seri Perdana

Peserta himpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ mula berhimpun di Kompleks Seri Perdana

ANTARA sepanduk yang dipasang di pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai mula berhimpun di pekarangan Kompleks Seri Perdana di sini, sejak pukul 3 petang tadi bagi menyertai perhimpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’.

Perhimpunan yang dijangka bermula pukul 4.30 petang itu turut dikawal ketat anggota dan pegawai polis yang dilihat mula berkawal di sekitar kompleks kediaman itu seawal pukul 2.30 petang tadi.

Malah, laluan masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri serta kawasan sekitarnya turut dipasang penghadang.

Difahamkan, anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dikerah untuk berkawal di kompleks kediaman itu.

Bermula pukul 3 petang tadi, kira-kira 20 peserta perhimpunan itu yang berbaju hitam kelihatan mula berkumpul di kawasan letak kenderaan berhampiran kompleks berkenaan.

Malah, beberapa sepanduk turut dipasang peserta perhimpunan yang tertera perkataan ‘#anwarpuncamasalah, Rakyat Lawan Anwar’; ‘Rakyat Lawan Anwar Round 1 Putrajaya’ dan ‘#anwaristheproblem’.

Selain itu, beberapa peserta kelihatan turut membawa kanak-kanak pada perhimpunan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menyatakan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik tanah dan penganjur dinasihatkan tidak meneruskan perhimpunan itu.

Penganjur yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata, pihaknya berhak untuk berhimpun dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya