Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di Pelabuhan Klang

Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di Pelabuhan Klang

SEBUAH pesawat ringan Piper PA-28-161 dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di Pelabuhan Klang. - GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di Pelabuhan Klang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat dengan pendaftaran 9M-ANA yang dikendalikan Kelab Penerbangan Subang itu dinaiki dua individu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 2.50 petang tadi.

“Menara Kawalan Subang menerima panggilan ‘mayday’ pada pukul 2.58 petang.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di Pisat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATACC) telah diaktifkan pada pukul 3.10 petang setelah menerima maklumat bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat,” katanya hari ini.

Jelas Norazam, siasatan akan dilaksanakan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya