MARANG: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan projek bandar selamat di negeri Terengganu pada tahun ini. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Dr. Alias Rameli berkata, peruntukan itu telah disalurkan kepada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Terengganu iaitu Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Marang. “Setiap PBT itu menerima peruntukan sebanyak RM500,000 untuk mempertingkatkan kemudahan dan ciri-ciri bandar selamat di kawasan pentadbiran mereka. “Ia akan memudahkan rakyat untuk mendapatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang baik, pendidikan, alam sekitar yang bersih, tempat tinggal selamat, kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya