KUALA LUMPUR: Seorang perunding pengurusan acara didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahguna wang lebih RM200,000 berkaitan penganjuran Konsert Goyang Asli Asia-Koplo Milenia pada tahun lalu. Bagaimanapun, Rabiatul Adawiyah Izzaddin, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus. Mengikut pertuduhan, Rabiatul Adawiyah didakwa telah mengambil wang milik Syarikat Mission Sight Sdn. Bhd. berjumlah RM237,370 bagi menguruskan Konsert Goyang Asli Asia-Koplo Milenia. Namun tertuduh gagal berbuat demikian serta menggunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri yang mana tertuduh tahu wang tersebut bukan miliknya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya