KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim memfailkan saman pemula bagi menghentikan Pilihan Raya Kecil Dun itu atas alasan beliau masih penyandang yang sah. Saman pemula difailkan Isnin lalu turut mencabar pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain esok. Mohd Azizi selaku plaintif menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku defendan. Menurut afidavit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya