JEFF Mangum bernyanyi tentang seorang perempuan yang ditanam bersama ibu dan kakaknya, serta 500 keluarga lain. Album In The Aeroplane Over The Sea, seperti yang diakui Mangum sendiri, memang ada pengaruh buku popular tentang Perang Dunia Kedua dan Holocaust, The Diary of Anne Frank. Cara Mangum memasukkan isi fikirannya tentang perang, hal diabolikal dan Anne Frank sendiri agak aneh. Ia seperti berfikir dalam mimpi — kandungannya terapung dan surreal, kadang-kadang mengarut dan magikal. Membaca temu bual Mangum dengan zine Puncture buat saya sedar satu lagi hal. Dia kagum dan seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya